ANDA SEBAGAI PENGGUNA........

1. Hak untuk mendapat keperluan asas.
Hak kepada keperluan asas bererti hak kepada barang-barang dan perkhidmatan asas yang perlu untuk kehidupan;
2. Hak untuk membuat pilihan.
Kita berhak diberi peluang memilih barang dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan;
3. Hak untuk mendapatkan maklumat.
Kita berhak mendapat maklumat yang lengkap dan jelas.
4. Hak untuk mendapatkan gantirugi.
Kita berhak mendapat gantirugi jikabarangan atau perkhidmatan tidak menepati kualiti seperti yang didakwa.
5. Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat.
Kita berhak mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak mengancam kesihatan dan keselamatan.
6. Hak untuk menyuarakan pendapat.
Kita berhak menyuarakan pendapat mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan kita sebagai pengguna.
7. Hak untuk mendapat pendidikan pengguna.
Kita berhak mendapat pendidikan pengguna supaya boleh bertindak sebagai pengguna yang bijaksana.
8. Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.
Kita berhak hidup dalam alam sekitar yang bersih supaya kesihatan dan kesejahteraan hidup terjamin.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home