Thursday, September 28, 2006

Dilema Pengguna Sewaktu Musim Perayaan

Rencana BERNAMA

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama)
Seorang rakan mengeluh menceritakan pengalamannya terperangkap dalam kesesakan jalan raya pagi Sabtu lalu, sehari sebelum umat Islam menjalani ibadah puasa.Hajat hati mahu mencari kurma di Medan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman terpaksa dilupakan selepas dua jam "tersangkut" di kawasan Chow Kit.Kesesakan jalan raya dan kebanjiran pengunjung boleh dilihat di mana-mana sahaja baik di premis dan gedung membeli-belah mahupun pasar basah, pasar tani dan pasar Ramadan.Tabiat "shopping sakan" ini dijangka menjadi semakin rancak dalam masa seminggu dua ini tambahan tahun ini masyarakat Malaysia akan menyaksikan sambutan perayaan berkembar iaitu Deepavali (21 Oktober) dan Hari Raya Puasa (24 atau 25 Oktober).

INGAT SEBELUM KENA, JIMAT SEBELUM HABIS
Yang lebar senyumannya sudah pasti para peniaga, lebih-lebih lagi yang sudah siap mengatur strategi untuk menaikkan harga barangan dan siang-siang lagi sudah mencongak keuntungan yang bakal dikaut.Cuma diharapkan para pengguna janganlah lupa diri ketika berbelanja, seperti kata bidalan, "Ingat Sebelum Kena, Jimat Sebelum Habis."Mungkin ada yang berkata, "kalau tak cukup gaji, ada bonus menanti" tetapi jangan lupa selepas habis Hari Raya dan Deepavali, dompet kita perlu berisi untuk belanja membeli buku dan keperluan persekolahan anak-anak.Bagai lagu dan irama, harga barangan dan musim perayaan seperti tidak boleh dipisahkan. Cuma lagu dan iramanya tidak seindah yang diharapkan kerana setiap kali musim perayaan, harga barangan mesti naik.Yang peliknya, alasan yang sama diberi "bekalan tidak mencukupi" atau "permintaan meningkat" menjelang musim perayaan dan pihak yang tidak bertanggungjawab ini seakan "terlepas daripada sebarang tindakan pihak berkuasa". Yang menanggung peritnya ialah pengguna sendiri.Yang bertambah tanda soalnya ialah kekurangan bekalan berlaku setiap menjelang musim perayaan. Secara logiknya, dalam amalan perniagaan, jika tahu permintaan akan meningkat, sepatutnya jumlah pengeluaran ditambah.

AYAM PENCEN GANTI AYAM DAGING
Pengguna juga dihimpit masalah bekalan gula dan ada yang sukar membeli bahan ini. Dalam masa yang sama, masih belum ada pihak yang dapat mengesahkan sama ada gula benar-benar kurang di pasaran.Satu lagi contoh ialah harga ayam. Beberapa hari sebelum umat Islam berpuasa, harga runcit ayam daging di seluruh negara dinaikkan, bukan lima sen atau 10 sen tetapi 65 sen!Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (PPPM) memberi alasan "pertambahan dalam permintaan berbanding penawaran di pasaran."Dengan kenaikan itu, harga runcit ayam bersih tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal kini RM5.65 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang tidak menghalang kenaikan tersebut membuat kenyataan harga berkenaan tidak boleh melebihi harga siling ayam yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM6.70 sekilogram.Timbalan Setiausaha Agung, ERA Consumer Malaysia, Ismail Abd Aziz menyifatkan kenaikan 65 sen itu sebagai amat mendadak dan membebankan pengguna."Sebelum ini kenaikan harga hanya di antara 10 sen hingga 20 sen. Kenaikan 65 sen ini merupakan yang terbesar pernah dibuat dalam satu-satu masa. Berat seekor ayam biasanya sekilo lebih dan jika sebelum ini pengguna berbelanja antara RM7 dan RM8 untuk seekor ayam, sekarang sudah tentu lebih RM10," jelasnya kepada Bernama.Beliau yang membuat tinjauan ke beberapa pasar minggu di Pantai Dalam dan Jalan Klang Lama sehari sebelum Ramadan bermula berkata, pengguna yang tidak mampu menanggung beban kenaikan bertukar membeli "ayam pencen.""Ayam pencen" adalah istilah yang digunakan bagi ayam telor yang sudah tidak menghasilkan telor dan menurut Ismail, ayam-ayam ini dijual sekitar harga RM4 seekor."Ayam pencen ini saiznya agak kecil tetapi kenaikan harga ayam daging membuatkannya menjadi rebutan pembeli. Saya dengar bekalan ayam ini juga tidak mencukupi," tambah Ismail.

PANTAU JANGAN TAK PANTAU
Sempena musim perayaan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan senarai 15 jenis barangan yang dikawal harganya berkuatkuasa 24 Sept sehingga 31 Okt.Barangan-barangan tersebut termasuk daging ayam, daging lembu tempatan, daging lembu (India), ikan kembung, telor (gred A), cili merah, bawang merah (India) dan tomato.Para peruncit dikehendaki melabel harga barangan tersebut dengan tanda merah jambu."Arahan KPDNHEP ini hanya dipatuhi di pasar-pasar utama tetapi peniaga-peniaga runcit di pinggir bandar atau bandar kecil dan kawasan perumahan, kebanyakan peruncit masih ingkar."Pengguna pula tidak menegur. Kalau ada 10 pembeli satu hari yang menegur tentu akan ada perubahan. Kalau tidak, peruncit terus tak ambil kisah," tambah Ismail.Pengguna, jelasnya harus bersama memikul tanggungjawab bagi memantau kenaikan harga ke atas barang-barang kawalan musim perayaan.Dalam masa yang sama, beliau juga berharap pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP dalam memberi fokus kepada gula, harga ayam dan pematuhan label warna merah jambu, juga memantau pasar-pasar Ramadan supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan.

JANGAN TERPEDAYA JUALAN MURAH
"Biar Papa Asal Bergaya", mungkin ini pegangan sesetengah pengguna yang tidak kisah langsung tentang kenaikan harga barangan atau pentingnya mengawal nafsu dan berbelanja secara berhemat.Menurut Ismail, sesetengah pengguna juga mudah terpengaruh dengan gimik iklan tawaran jualan murah serta menambah hutang melalui tawaran barangan perabot dan elektrik secara sewa-beli.Beliau lalu mengingatkan para pengguna supaya jangan terpedaya dengan iklan jualan murah atau potongan harga.Katanya, setiap premis yang mahu membuat jualan murah atau jualan musim perayaan mesti mematuhi garis panduan Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) 1997 yang telah dikuatkuasakan oleh KPDNHEP."Umpamanya, kalau kain rentang di luar premis kata tawaran jualan murah, sekurang-kurangnya 70 peratus daripada barangan yang dijual di premis itu mestilah ditawarkan dengan harga jualan murah. Barangan-barangan itu mestilah ada ditawarkan di premis berkenaan 30 hari sebelum tarikh jualan murah dibuat dan dengan harga yang lebih daripada yang ditawarkan."Apa yang berlaku sekarang barangan yang dilambak untuk jualan murah sebenarnya baru diterima daripada pengilang atau pengeluar. Harganya memang rendah, serendah kualitinya," jelas Ismail.

Tuesday, September 26, 2006

Monday, September 04, 2006

BAJET 2007- MAMPUKAH PETANI KECIL MAJU?



Bajet 2007 yang dibentangkan baru-baru ini nampaknya ada menunjukkan kesan dan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat diutamakan, walaupun begitu, kita lihat masih kurang meyakinkan bagaimana petani kecil dikampong mendapat manafaat dari misi ini. Namun demikian, fokus pembangunan sektor pertanian memberikan impak besar dimana pengeluaran hasil pertanian, ternakan dan makanan diberi peruntukkan RM3.6 bilion. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan import makanan dari negara luar disamping mempertingkatkan hasil keluaran makanan dalam negara. Pandangan ini dari perspektif kepentingan pengguna telah saya kongsi bersama diruangan BESTANI di konti Klasik FM Radio RTM pada jam 12.30tgh 05 Sept secara live .
Soalnya adakah para petani kecil diluarbandar mampu mengecapi peluang dari bajet ini dan dapatkah mempertingkatkan taraf ekonominya dan keluar dari belengu kemiskinan ? Saya percaya matlamat dan misi ini akan memberikan faedah kepada segolongan rakyat bergelar dirinya petani moden yang sedang berusaha dan sedang menjalankan projek pertanian serta berpengalaman dalam hal perniagaan pertanian untuk terus mengembangkannya ataupun mereka yang didedahkan dan dimotivasikan oleh agensi pembangunan pertanian. Golongan ini akan berjaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan hasil pengeluaran serta menambah keupayaan pemasaran. Bagaimana pula keadaannya orang-orang kampong yang bergelar petani masih ditakuk lama yang banyak buang masa lapangnya di kedai kopi, adakah golongan ini boleh diubah sebagai petani maju dan menyahut seruan misi bajet ini?

Adalah diharapkan supaya anak-anak kampong yang bekerja dibandar yang berpengalaman dalam bidang pengurusan atau ada contact dalam sektor pemasaran hasil pertanian mengambil peluang dalam misi bajet ini dengan membantu ibubapa atau saudara mara dikampong mengusahakan projek pertanian secara komersial . Masalah dihadapi oleh petani tradisional sekarang ini ialah kurangnya pengetahuan dalam memulakan projek dan hanya mampu mengusahakan secara kecilan. Begitu juga kaedah penyuluhan dan proaktif agensi pertanian perlu mengutamakan peningkatan taraf petani kecil dan bukanlah memfokuskan semata-mata kepada pengusaha projek celik pertanian sedia ada yang telah berkembang dek kerana mereka tahu selok belok pemasaran dan pengurusan projek. Ini jalan 'short-cut' biasa dilakukan oleh pegawai-pegawai pertanian kat bawah yang takut tak de laporan projek nak hantar ke peringkat atasan.
Tidak dinafikan bajet 2007 mempunyai agenda luas dan selaras dengan Pelan Tindakan RMK 9 yang inginkan rakyat dinegara ini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi. Sebaliknya ada yang berkata pengisian agenda pembangunan ini menguntungkan golongan usahawan kontraktor pembinaan dan usahawan niaga, bagi kami yang tidak berniaga macam tu la sampai bila-bilapun dan kami bukan kakitangan kerajaan yang enjoy dengan bonus. Hakikat ini perlu kita terima. Jika kita tanya apa faedah bajet kepada mereka? jawabnya takda apa-apa pun. Walaupun pemansuhan yuran peperiksaan diberikan tetapi mengambil kira kenaikkan harga alattulis dan buku-buku tambahan, pakaian sekolah telah naik maka tolak campur sama aja.
Soalnya sekarang, semua langkah pelaksanaan dalam bajet ini perlu mampu menunjukkan RMK9 benar-benar menepati sasarannya dan semua kakitangan awam sebagai jentera pelaksana perlu mengubah budaya kerja sebagai sikap kepegawaian yang perlu dikikis, turun padang selalu dampingi orang kampong, jelaskan peluang-peluang yang ada kepada mereka, bimbing mereka dan janganlah tunggu pak menteri tegur baru nak turun padang. Sebagai pengguna biasa, janganlah berbelanja mewah tapi berhutang, jimatlah sikit, kita fikir hari tua, banyakkan bersedekah insyaallah Allah menambah rezeki kita.