Tuesday, July 25, 2006

SAMBUTAN HARI PENGGUNA-ramai yang syok sendiri, tapi masalah pengguna dikawasan komuniti terancam, keselamatan kami diabaikan!

Bersempena Hari Pengguna Malaysia hari ini, KPDNHEP semenjak 2 bulan lalu hingga hujung bulan ini nampaknya tak diam diri, terlalu sibuk dengan persiapan dan penganjuran besar-besaran , ada kalangan mereka syok sendiri, disamping itu sektor swasta turut menyumbang berpuloh ribu ringgit untuk menganjurkan pelbagai acara sambutan dan gimik kesedaran perlindungan pengguna. Soalnya, adakah ini mampu menwujudkan kesedaran dan perlindungan pengguna yang berterusan? apakah mekanisme yang benar-benar mantap dan proaktif sebagai langkah susulan tindakan dan tanggungjawab sosial KPDNHEP dalam melindungi pengguna sekarang ini? Sebagai satu contoh yang ingin saya utarakan disini, lebih 2,500 penghuni dikawasan saya tinggal sekarang diancam bahaya, bila-bila masa sahaja flat ini boleh terbakar kerana tiada wayar bumi, pemaju, pihak Bandaraya Petaling Jaya, TNB, lain-lain agensi yang bertanggungjawab masih berdiam diri walaupun surat aduan telah diemail, fax dan diposkan. Hak pengguna untuk keselamatan terancam! Anda bacalah berita dibawah mengenai isu ini.

PENGHUNI FLAT PETALING UTAMA TERDEDAH KEPADA BAHAYA KEBAKARAN


Seramai lebih kurang 2,500 penghuni Flat Kos Rendah Petaling Utama, Jln.PJS 1/52, Petaling Jaya sekarang ini terdedah kepada bahaya kebakaran jika wayar bumi tidak dipasang oleh pihak pemaju. Waya bumi dalam riser room dari tingkat bawah flat ini hingga ke tingkat 11 telah dipotong dan dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Pihak TNB Petaling Jaya telah dihubungi dan pihaknya tidak ada kuasa untuk membaik pulih disebabkan didalam premis pemaju pemaju perumahan Peter's Brickworks Sdn.Bhd. Pihak pemaju masih mendiamkan diri tanpa memberi jawapan dan jaminan terhadap surat aduan dikemukakan. Pada 23hb.July 2006 satu letupan kecil berlaku di tingkat 1 dan menyebabkan keseluruhan flat black-out dan lif tergendala dan nasib baik tiada orang terperangkap dalam lif ketika itu. Paling membimbangkan lebih 1,500 penghuni disini sekarang ialah pada bila-bila masa sahaja jika berlaku cuaca buruk atau berlaku kerosakkan pendawaian maka akan terus boleh meletup dan paling membimbangkan jika berlaku kebakaran dalam rumah tiada penghuni ketika itu maka tiada siapa yang tahu dan api terus merebak tengah nyenyak tidur. Saya telah membuat surat aduan kepada mereka yang bertanggungjawab dari bawah hinggalah ke Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perumahan,nampaknya belum ada respond melainkan TV 3 akan bersama saya hari esok jam 2.00ptg ke lokasi dan "attack" pemaju. Mohon YAB PM tolonglah kami segera sebelum nyawa kami terancam.

Sunday, July 16, 2006

Thursday, July 13, 2006

ISU GULA KPDNHEP BERI ALASAN KELIRUKAN PENGGUNA

Sudah hampir empat bulan kita menghadapi isu dan kemelut kekurangan gula dipasaran. Langkah untuk menyelesaikan isu ini nampaknya masih kabur dan pengguna setiap hari masih menghadapi masalah putus bekalan di beberapa kawasan dan kalau ada bekalan pun adalah terhad dimana pekedai hanya menjual sekilo bagi seorang pelanggan dan ada yang menaikkan harga hingga RM2.00 sekilo dan pekedai sekarang berani mengatakan “nak beli belilah kalau tak belipun tak apa ramai nak beli” akhirnya pengguna mengalah dan terpakasa beli walaupun harga mahal. Keadaan ini akan terus menyumbang kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mengukur tahap inflasi negara yang akan menambah catatan kenaikan sedia ada iaitu tahap 4.8 peratus dalam tempoh 5 bulan pertama tahun ini. KPDNHEP dalam masa kritikal ini hanya mampu berkata memberi jaminan bahawa bekalan gula mengcukupi bagi menampung keperluan pengilang industry makanan dan pengguna. Dalam masa yang sama banyak rungutan peniaga kecil, pengedar runcit dan pengguna sukar mendapat bekalan. Manakah logiknya kenyataan ini?

Tindakan turun padang Menteri KPDNHEP meninjau stok bekalan di kilang hanya menunjukkan gimik KPDNHEP peka tentang masalah dihadapi oleh pengguna disamping itu nak tunjukkan kepada pengguna bahawa KPDNHEP tak berdiam diri dan bekerja keras untuk melindungi pengguna, tapi soalnya adakah benar dan serius KPDNHEP dapat menyelesaikan isu ini sekarang? Laporan media baru ini menyebut bahawa Menteri akan buat system pembekalan oleh pemborong mengikut zon, dalam system baru ini pemborong tertentu hanya terhad kepada membekalkan kepada peruncit dalam kawasan tertentu sahaja. Dalam system baru ini nanti, pihak industry pula tidak dibenarkan mendapat gula dari pemborong sebaliknya mendapatkan terus dari kilang. Dalam system ini akan memberi faedah kepada pihak industry supaya indsutri pemerosesan makanan berasaskan bahan gula tidak menghadapi masalah dalam kata lain focus penyelsaiannya adalah memberi keutamaan faedah kepada golongan peniaga industri. Sebaliknya pemborong sebagai tenaga utama penghantaran kepada peruncit untuk memenuhi permintaan pengguna tidak dikembangkan networknya serta masalah pemborong yang mengongkong pasaran runcit tidak diberi perhatian begitu juga usaha untuk menambah bilangan peniaga kecil berpeluang untuk menjadi pemborong gula tanpa prosedur yang ketat tidak diberi keutamaan.

Saya berpendapat, langkah ini nanti akan lebih merumitkan dan menghadkan agihan pembekalan sedia ada dalam pasaran. Ini adalah memandangkan jumlah pemborong gula dinegara kita yang sedia ada masih kecil dan perniagaan borong ini dipegang oleh syarikat tertentu yang tunggal sahaja dan cawangan-cawangan stor stok bekalan perniagaannya tidak menyuluruh disemua bandar utama termasuk Sabah dan Serawak, maka ini menimbulkan masalah dalam system penghantarannya kepada peruncit keseluruhannya dan kesannya pengguna akan berterusan menghadapi masalah kekurangan gula dipasaran. Pernah dahulu Menteri memberi alasan kekurangan gula dipasaran runcit yang menyalahkan sistem pengangkutan tidak menyokong dalam penghataran bekalan dan sekarang ini pula nak bentuk system pembekalan oleh pemborong mengikut zon. Pelbagai alasan diberi tetapi pengguna masih kabur apakah ini satu ‘game’ untuk jaga diri masing-masing dalam keadaan ‘tension’ dalam menghadapi tekanan dari rakyat? Menteri juga berkata dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa pemerosesan gula di negara ini berupaya mengeluarkan 1.2 juta metrik tan gula sedangkan permintaan dalam negeri cuma 925,000 juta metrik tan. Kalau kita tengok dari segi jawapan angka yang diberikan menunjukkan keupayaan pengeluaran yang lebih dari permintaan pengguna dan sekaligus memberi jaminan kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang bersidang dalam dewan yang mulia ketika itu percaya bahawa bekalan gula sekarang ini mengcukupi untuk pengguna sekarang ini, apa logiknya?

Sebagai seorang pengguna, saya melihat dalam kita menghadapi kekurangan gula dipasaran sekarang ini ia adalah satu pengajaran yang perlu diambil iktibar sebaliknya, Ianya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengubah tabiat pemakanan kita, jangan minum air bercampur gula, jangan makan kuih manis-manis, kita kempen dengan jiran tetangga katakan‘TAK NAK GULA’, sedarkan kepada ahli keluarga kita berlebihan pengambilan gula adalah penyumbang kepada penyakit membawa maut. Anggota masyarakat dan NGO, parti politik serta agensi kerajaan perlu bekerjasama lebih proaktif memerangi dan berkempen memberi didikan kepada masyarakat bahawa pengambilan gula berlebihan boleh membawa maut. Langkah memberi kesedaran ini perlulah berterusan sekaligus akan menyokong kepada menstabilkan kekurangan gula dipasaran dan janganlah kita bimbang industry makanan berasaskan gula akan gulung tikar, yang pentingnya kesihatan diri kita dan juga rakyat malaysia perlu dijaga kesihatannya yang bebas dari penyakit.

KAWAL NAFSU BELANJA






Sekarang ni Kementerian Pelancongan sibuk memujuk dan menggalakkan Shopping Complex, gedung-gedung pakaian dan hotel-hotel di seluruh negara mengadakan gimik 'SALE' 'DISCOUNT 50% hingga 90%' TAWARAN MURAH" dan sebagainya, semata-mata nak tarik pelancong berbelanja di negara kita. Ini semuanya gara-gara nak untung cepat oleh pihak peniaga dan juga kerajaan (Kementerian Pelancongan) guna strategi minta pengguna berbelanja lebih ikut nafsu lepas tu boleh kutip hasil cukai lebih. Soalnya sekarang, berapa puntung sangat pelancong yang shopping sakan, kebanyakkannya orang kita yang berduyun-duyun pegi shopping kerana dek terpikat dengan 'SALE' 'JUALAN HABIS-HABISAN'.Janganlah kita tertipu dengan gimik tarik pelancong ni, uruslah perbelanjaan dengan bijak mengikut kemampuan wang yang ada dan janganlah enjoy dengan kad kredit. Utamakan dulu keperluan dan bukan mementingkan keinginan yang tidak dirancang. Kalau ada duit lebih tu simpanlah untuk hari tua atau rajin-rajinlah bersedekah kepada pengguna yang tak mampu, insyaallah pahala kita dapat.

e-mail RM2.85 juta


Seorang yang mendakwa sebagai puteri raja tradisional di Ivory ,bernama Maria Beshir, pelajar berusia 19 tahun dari University Abidjan,kampus Cocody Abidjan Coast telah mengirim e-mail kepada saya dan menawarkan AS$750,000 (RM2.85juta) jika saya bersedia menjadi rakan pelaburnya. Maria Beshir mendakwa dia puteri seorang raja di republik itu sejak 16 tahun lalu. bapanya telah meninggal dunia dua bulan lalu. Sebagai anak sulung, dia mendakwa menjadi penjaga harta peninggalan bapanya bernilai AS$7.5 juta di sebuah bank tempatan di Abidjan dan ingin memindahkan sebanyak 10 peratus kepada penerima e-mail (saya) jika saya bersetuju menjadi rakan pelabur. Saya telah membalas e-mail tersebut dan meminta Maria menjelaskan sebab-sebab ingin melakukan transaksi itu dan prosedur berkaitan. Empat hari selepas itu, Maria membalas e-mail saya bersertakan gambar dan alamatnya dengan menjelaskan lagi bahawa dia tiada pilihan selain menyatakan seorang penama sebagai rakan pelabur seberang laut seperti dikehendaki oleh pihaknya. Seterusnya, saya diminta memberikan maklumat nombor akaun dan alamat bank dan diminta berusan dengan peguamnya serta bank di Abidjan untuk tujuan transaksi. Saya diberi jaminan dalam tempoh 48 jam jika mengirimkan maklumat tersebut, wang AS$750,000 akan segera dipindahkan dengan syarat saya menandatangan perjanjian disediakan oleh peguamnya. Saya terus melayan e-mail tersebut dan peguam meminta saya mengirimkan AS 300 terlebih dahulu sebagai wang pemerosesan dan caj bank untuk transaksi tersebut. Setelah saya diminta mengirimkan wang tersebut, saya tidak lagi membalas e-mailnya dan pengirim e-mail (Maria) tidak lagi menghubungi saya.

Saudara, janganlah cepat terpedaya e-mail macam ni dan jangan hiraukan. Ia adalah satu gimik untuk anda mengirimkan wang kepada pengirim e-mail dan lepas tu wang anda lesap. Undang-undang sedia ada tak dapat nak tolong. Jika anda nak kirimkan jugak kerana gairah nak jadi jutawan, rujuk dengan Bank Negara dan pihak polis terlebih dahulu.

Wednesday, July 12, 2006

KENYATAAN AKHBAR






Utusan/Berita Harian 13 July 2006




" Siapa sebenarnya yang menjadi rakan dan siapa yang mencari rakan? adakah rakyat sebagai pengguna selama ini tidak mengenali dan tidak mesra dengan pegawai-pegawai KPDNHEP atau sebaliknya pegawai-pegawai KPDNHEP tidak mesra dengan pengguna? Rakyat sebagai pengguna mengenali KPDNHEP jika mereka ada aduan atau masalah tertipu apabila membeli barang, inilah perkara asas dan utama bagaimana pengguna menjadi rakan kepada KPDNHEP. KPDNHEP seharusnya memberi focus kepada bagaimana untuk membentuk peperibadian dan tanggungjawab sosial sebenar dan tulin serta ikhlas kepada kakitangannya supaya benar-benar ikhlas menjadi rakan kepada pengguna sekaligus menyelesaikan aduan mereka dengan lebih mesra dan pengguna merasa kepuasannya dan tidak sebaliknya pengguna timbul marah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa yang lembab bertindak."

Tuesday, July 11, 2006

SUKARELAWAN PEMANTAU HARGA GAGAL TIMBUL PULA ANGGOTA BARU RAKAN PENGGUNA

Setiap tahun pada 26 hb.July, negara kita akan menyambut Hari Pengguna Malaysia dan setiap tahun juga dilancarkan pelbagai tema atau projek kepenggunaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna. Kali ini kita digemparkan pula dengan "RAKAN PENGGUNA', satu gimik lagi yang seolah akan melayan pengguna dan memerangi penipuan dalam aktiviti perniagaan habis-habisan. Saya difahamkan KPDNHEP menjemput YAB.Perdana Menteri untuk melancarkan ‘RAKAN PENGGUNA ’ini dahulunya disebut Sukarelawan Pemantau Harga (SPH) yang diperkenalkan pada 8 hb.November 2001. Persaolannya yang ingin dikongsi bersama di ruangan ini adalah apakah matlamat sebenar KPDNHEP melancarkan Rakan Pengguna ini sedangkan projek Sukarelawan Pemantau Harga gagal memberikan impak dan timbul pula nama baru Rakan Pengguna. KPDNHEP tidak seharusnya bermegah dengan angka yang telah mencapai 14,000 anggota Rakan Pengguna. Angka ini tidak boleh menyakinkan pengguna bahawa projek ini berjaya dan berdasarkan pengalaman kegagalan lebih 10,000 anggota SPH tidak melaksanakan pemantauan secara proaktif dan gah dengan nama serta pelancaran di seluruh negara dan paling merugikan berjuta ringgit peruntukkan telah diagihkan bagi tujuan pelancaran ini tetapi hasilnya tidak memberikan pulangan faedah dan kesan perlindungan keatas pengguna.

Merujuk kepada maklumat diperolehi, KPDNHEP akan melancarkan 'RAKAN PENGGUNA' yang menjurus kepada tindakan yang bersifat mesra pengguna dan akan memantau lebih proaktif aktiviti perniagaan. RAKAN PENGGUNA adalah sebagai mata dan telinga kerajaan untuk membantu pengguna. Langkah dan focus ini telahpun wujud bertahun lalu dan seringkali diucapkan oleh YB.Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, namun permasalahan dan isu pengguna yang tidak dapat diselesaikan semakin meningkat. Soalnya, siapa sebenarnya yang menjadi rakan dan siapa yang mencari rakan?Adakah rakyat sebagai pengguna selama ini tidak mesra dengan pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP atau sebaliknya pegawai-pegawai penguatkuasa tidak mesra dengan pengguna? Rakyat sebagai pengguna mengenali KPDNHEP jika mereka ada aduan atau masalah tertipu apabila membeli barang, inilah perkara asas dan utama bagaimana pengguna menjadi rakan kepada KPDNHEP. KPDNHEP seharusnya memberi focus kepada bagaimana untuk membentuk keperibadian dan tanggungjawab sosial sebenar dan tulin serta ikhlas kepada kakitangannya supaya benar-benar ikhlas menjadi rakan kepada pengguna sekaligus menyelesaikan aduan mereka dengan lebih mesra dan pengguna merasa kepuasannya dan tidak sebaliknya pengguna timbul marah kepada pegawai-pegawai penguatkuasa yang lembab bertindak. Lebih serius harus dilakukan,KPDNHEP sebagai Rakan Pengguna perlu menyelesaikan segera masalah dan isu beratus ribu ringgit gantirugi tidak dibayar oleh pihak peniaga kepada pengguna setelah Pengerusi Tribunal Tuntutan Pengguna menjatuhkan hukuman kepada peniaga dan pengguna tidak mendapat apa-apa perlindungan dari Tribunal sebagai tunggak utama tempat pengguna mendapat keadilan.Jika isu ini tidak dapat diselesaikan, ini akan menjadikan pengguna sebagai Rakan KPDNHEP tidak lagi percaya kepada rakannya.
Pada dasarnya, sebagai seorang pengguna yang telah lama merasa pahit maung sebagai seorang pengguna miskin dan tertindas, dan dah lebih 20 tahun bergelumang dengan isu pengguna dan membangunkan Persatuan-persatuan pengguna serta berceramah tentang hak pengguna dipelusuk negara dari University hingga ke sekolah rendah, dari kaca TV turun ke sawah, dari Ibu Kota ke kampong dan ladang serta felda, saya menyokong usaha bersungguh Menteri KPDNHEP memerangi penipuan perniagaan, tetapi saya harapkan KPDNHEP perlu bersungguh dan serius. Janganlah pegawai-pegawai KPDNHEP syok sendiri dengan projek baru ini, sedangkan hasil kerja lintang pukang dan hak pengguna diabaikan. Contohnya, website www.kpdnhep.gov.my masih tidak mesra pengguna, dari 55 cawangan KPDNHEP hanya Ibupejabat di Putrajaya memaparkan no.tel dan 15 cawangan sahaja ada no.fax yang selainnya tiada no.tel,fax dan email untuk pengguna menghubunginya. Adakah KPDNHEP terlepas pandang perkara ini? sedangkan maklumat ini penting dan 'front-liner' khidmat kepada pengguna untuk mengemukakan aduan. Menteri perlulah tegur perkara ini dan tengok jugalah berapa ribu aduan masih belum dapat diselesaikan dan berapa ribu pula pengguna belum dapat jawapan balas dari Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP. Janganlah pegawai-pegawai KPDNHEP tergesa-gesa melompat dan asyik sibuk dengan kerja baru bagi mencari dan memujuk RAKAN PENGGUNA. Pengguna akan bersedia menjadi rakan bila-bila masa asalkan kita ikhlas, jujur dan benar-benar berusaha melindungi pengguna.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat anggota Rakan Pengguna yang didaftarkan ini perlulah dilengkapi dengan minda dan focus yang mempunyai nilai dan kemahiran sebenar sebagai pengguna yang bijak dan mempunyai komitmen yang tinggi secara sukarelawan yang berterusan serta mampu menunjukkan kejayaan dalam kerja-kerja kesukarelaannya sebagai anggota Rakan Pengguna. KPDNHEP pula perlu menyediakan kursus yang mantap dan berterusan serta lebih professional kepada anggota Rakan Pengguna dan bukanlah sekadar menyediakan seminar sehari dan kursus 2 hari di Hotel terkemuka yang lebih menonjolkan majlis-majlis pelancaran dan perasmian.

Thursday, July 06, 2006

KENYATAAN AKHBAR

Tuesday, July 04, 2006

PASAR TANI MENYELEWENG DARI TUJUAN ASALNYA

Saudara sekalian, saya ingin kongsi bersama dengan saudara sekalian mengenai konsep Pasar Tani sekarang ini yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya. Isu ini juga telah saya bincangkan secara live dalam ruangan BESTANI Nasional FM (Radio 1) pada 4hb.July 2006 jam 12.20-1.00tgh bersama Juruhebah Shahizan Jelas. Saya ingin menggesa Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani segera memantau konsep Pasar Tani yang sekarang ini telah banyak menyeleweng dari konsep asalnya.Saya telah meninjau ke Pasar Tani Mega di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban baru-baru ini dan amatlah kecewanya kerana peniaga disini banyak yang menjual pakaian, kraftangan, alat solek dan barang-barang lain yang bukannya produk hasil pertanian. Hanya segelintir peniaga yang menjual udang, ikan, daging dan sayur.
Pasar Tani diwujudkan dalam tahun 1980an yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Pertanian ketika itu YB.Goh Cheng Teik hasil dari idea dan konsep kertas kerja asalnya dari bekas Presiden PAC En.Bishan Singh dan juga saya selaku Penolong Setiausaha PAC ketika itu bersama dalam menyediakan kertas kerja konsep asal pasar tani ini yang kemukakan oleh Persatuan Pengguna Pahang (PAC) kepada Kementerian Pertanian . Ianya adalah bertujuan menyediakan satu lokasi perniagaan kepada golongan petani memasarkan hasil pertanian secara terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah yang meraih keuntungan.Disamping itu, ianya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi petani kecil melalui perniagaan hasil tanaman mereka sendiri dan para pengguna> dapat membeli dengan harga yang berpatutan keatas barangan makanan serta sayuran yang berkualiti. Sebaliknya hari ini, Pasar Tani Mega yang banyak dilancarkan lebih kepada jualan barangan bukan hasil pertanian dan mereka yang menjualnya bukanlah petani. Kenapa ini berlaku? adakah negara kita sudah tiada petani? atau petani kita tak tau berniaga? .Pada pendapat saya bukan soal kurangnya jumlah petani menghasilkan produk untuk jualan tetapi mereka ini adalah sukar untuk memasarkan ke Pasar Tani kerana tiada sistem penghantaran dan pengangkutan yang boleh membantu pemasaran yang berterusan. Dahulu FAMA sering membantu dalam hal ini tetapi sekarang kita tak nampak lagi lori FAMA pergi ke kampong-kampong. Sebaliknya FAMA dengan syarikat swasta sekarang ini yang menguruskan pemasaran dan memperolehi keuntungan sepenuhnya. Dengan kata lain FAMA lah orang tengah yang ambil keuntungan yang mengcengkik petani sekarang ini.Pemantauan perlu dibuat dan garispanduan barang-barang yang boleh dijual atau barang yang tidak boleh dijual perlu dikuatkuasakan secara pentadbiran oleh pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani serta kerjasama pemantauannya oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan. Kita tidak mahu Pasar Tani Mega sekarang ini menjual produk-produk kurang selamat, bahaya dan tidak berkualiti yang dibawa masuk dari negara asing. Kita tidak mahu imej Pasar Tani Mega menjadi imej Pasar Malam. Satu rancangan tindakan bersepadu bagi mengenalpasti peniaga dari golongan petani kecil perlu dilakukan dan tanya apa masalah mereka kenapa tak memasarkan produk ke Pasar Tani. Petani kecil pula haruslah mewujudkan persatuan yang khusus dapat membantu dalam segi pemasaran hasil. Dengan adanya Pasar Tani yang benar-benar berkonsepkan hasil pertanian sebenar serta golongan peniaga tani yang secara terus kepada pengguna sudah tentu akan memberikan faedah dan para pengguna seharusnya menyokong dan berbelanja di Pasar Tani seperti ini yang akan dapat membantu negara kita mewujudkan pengaliran wang dan ekonomi mampan yang seimbang dikalangan rakyat berpendapatan rendah bagi mengurangi keuntungan mengalir kepada syarikat gergasi yang telah kaya raya.