ISU GULA KPDNHEP BERI ALASAN KELIRUKAN PENGGUNA
Tindakan turun padang Menteri KPDNHEP meninjau stok bekalan di kilang hanya menunjukkan gimik KPDNHEP peka tentang masalah dihadapi oleh pengguna disamping itu nak tunjukkan kepada pengguna bahawa KPDNHEP tak berdiam diri dan bekerja keras untuk melindungi pengguna, tapi soalnya adakah benar dan serius KPDNHEP dapat menyelesaikan isu ini sekarang? Laporan media baru ini menyebut bahawa Menteri akan buat system pembekalan oleh pemborong mengikut zon, dalam system baru ini pemborong tertentu hanya terhad kepada membekalkan kepada peruncit dalam kawasan tertentu sahaja. Dalam system baru ini nanti, pihak industry pula tidak dibenarkan mendapat gula dari pemborong sebaliknya mendapatkan terus dari kilang. Dalam system ini akan memberi faedah kepada pihak industry supaya indsutri pemerosesan makanan berasaskan bahan gula tidak menghadapi masalah dalam kata lain focus penyelsaiannya adalah memberi keutamaan faedah kepada golongan peniaga industri. Sebaliknya pemborong sebagai tenaga utama penghantaran kepada peruncit untuk memenuhi permintaan pengguna tidak dikembangkan networknya serta masalah pemborong yang mengongkong pasaran runcit tidak diberi perhatian begitu juga usaha untuk menambah bilangan peniaga kecil berpeluang untuk menjadi pemborong gula tanpa prosedur yang ketat tidak diberi keutamaan.
Saya berpendapat, langkah ini nanti akan lebih merumitkan dan menghadkan agihan pembekalan sedia ada dalam pasaran. Ini adalah memandangkan jumlah pemborong gula dinegara kita yang sedia ada masih kecil dan perniagaan borong ini dipegang oleh syarikat tertentu yang tunggal sahaja dan cawangan-cawangan stor stok bekalan perniagaannya tidak menyuluruh disemua bandar utama termasuk Sabah dan Serawak, maka ini menimbulkan masalah dalam system penghantarannya kepada peruncit keseluruhannya dan kesannya pengguna akan berterusan menghadapi masalah kekurangan gula dipasaran. Pernah dahulu Menteri memberi alasan kekurangan gula dipasaran runcit yang menyalahkan sistem pengangkutan tidak menyokong dalam penghataran bekalan dan sekarang ini pula nak bentuk system pembekalan oleh pemborong mengikut zon. Pelbagai alasan diberi tetapi pengguna masih kabur apakah ini satu ‘game’ untuk jaga diri masing-masing dalam keadaan ‘tension’ dalam menghadapi tekanan dari rakyat? Menteri juga berkata dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa pemerosesan gula di negara ini berupaya mengeluarkan 1.2 juta metrik tan gula sedangkan permintaan dalam negeri cuma 925,000 juta metrik tan. Kalau kita tengok dari segi jawapan angka yang diberikan menunjukkan keupayaan pengeluaran yang lebih dari permintaan pengguna dan sekaligus memberi jaminan kepada semua Ahli Dewan Rakyat yang bersidang dalam dewan yang mulia ketika itu percaya bahawa bekalan gula sekarang ini mengcukupi untuk pengguna sekarang ini, apa logiknya?
Sebagai seorang pengguna, saya melihat dalam kita menghadapi kekurangan gula dipasaran sekarang ini ia adalah satu pengajaran yang perlu diambil iktibar sebaliknya, Ianya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mengubah tabiat pemakanan kita, jangan minum air bercampur gula, jangan makan kuih manis-manis, kita kempen dengan jiran tetangga katakan‘TAK NAK GULA’, sedarkan kepada ahli keluarga kita berlebihan pengambilan gula adalah penyumbang kepada penyakit membawa maut. Anggota masyarakat dan NGO, parti politik serta agensi kerajaan perlu bekerjasama lebih proaktif memerangi dan berkempen memberi didikan kepada masyarakat bahawa pengambilan gula berlebihan boleh membawa maut. Langkah memberi kesedaran ini perlulah berterusan sekaligus akan menyokong kepada menstabilkan kekurangan gula dipasaran dan janganlah kita bimbang industry makanan berasaskan gula akan gulung tikar, yang pentingnya kesihatan diri kita dan juga rakyat malaysia perlu dijaga kesihatannya yang bebas dari penyakit.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home