Thursday, July 13, 2006

e-mail RM2.85 juta


Seorang yang mendakwa sebagai puteri raja tradisional di Ivory ,bernama Maria Beshir, pelajar berusia 19 tahun dari University Abidjan,kampus Cocody Abidjan Coast telah mengirim e-mail kepada saya dan menawarkan AS$750,000 (RM2.85juta) jika saya bersedia menjadi rakan pelaburnya. Maria Beshir mendakwa dia puteri seorang raja di republik itu sejak 16 tahun lalu. bapanya telah meninggal dunia dua bulan lalu. Sebagai anak sulung, dia mendakwa menjadi penjaga harta peninggalan bapanya bernilai AS$7.5 juta di sebuah bank tempatan di Abidjan dan ingin memindahkan sebanyak 10 peratus kepada penerima e-mail (saya) jika saya bersetuju menjadi rakan pelabur. Saya telah membalas e-mail tersebut dan meminta Maria menjelaskan sebab-sebab ingin melakukan transaksi itu dan prosedur berkaitan. Empat hari selepas itu, Maria membalas e-mail saya bersertakan gambar dan alamatnya dengan menjelaskan lagi bahawa dia tiada pilihan selain menyatakan seorang penama sebagai rakan pelabur seberang laut seperti dikehendaki oleh pihaknya. Seterusnya, saya diminta memberikan maklumat nombor akaun dan alamat bank dan diminta berusan dengan peguamnya serta bank di Abidjan untuk tujuan transaksi. Saya diberi jaminan dalam tempoh 48 jam jika mengirimkan maklumat tersebut, wang AS$750,000 akan segera dipindahkan dengan syarat saya menandatangan perjanjian disediakan oleh peguamnya. Saya terus melayan e-mail tersebut dan peguam meminta saya mengirimkan AS 300 terlebih dahulu sebagai wang pemerosesan dan caj bank untuk transaksi tersebut. Setelah saya diminta mengirimkan wang tersebut, saya tidak lagi membalas e-mailnya dan pengirim e-mail (Maria) tidak lagi menghubungi saya.

Saudara, janganlah cepat terpedaya e-mail macam ni dan jangan hiraukan. Ia adalah satu gimik untuk anda mengirimkan wang kepada pengirim e-mail dan lepas tu wang anda lesap. Undang-undang sedia ada tak dapat nak tolong. Jika anda nak kirimkan jugak kerana gairah nak jadi jutawan, rujuk dengan Bank Negara dan pihak polis terlebih dahulu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home