
Bajet 2007 yang dibentangkan baru-baru ini nampaknya ada menunjukkan kesan dan memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat diutamakan, walaupun begitu, kita lihat masih kurang meyakinkan bagaimana petani kecil dikampong mendapat manafaat dari misi ini. Namun demikian, fokus pembangunan sektor pertanian memberikan impak besar dimana pengeluaran hasil pertanian, ternakan dan makanan diberi peruntukkan RM3.6 bilion. Ini akan dapat mengurangkan kebergantungan import makanan dari negara luar disamping mempertingkatkan hasil keluaran makanan dalam negara. Pandangan ini dari perspektif kepentingan pengguna telah saya kongsi bersama diruangan BESTANI di konti Klasik FM Radio RTM pada jam 12.30tgh 05 Sept secara live .
Soalnya adakah para petani kecil diluarbandar mampu mengecapi peluang dari bajet ini dan dapatkah mempertingkatkan taraf ekonominya dan keluar dari belengu kemiskinan ? Saya percaya matlamat dan misi ini akan memberikan faedah kepada segolongan rakyat bergelar dirinya petani moden yang sedang berusaha dan sedang menjalankan projek pertanian serta berpengalaman dalam hal perniagaan pertanian untuk terus mengembangkannya ataupun mereka yang didedahkan dan dimotivasikan oleh agensi pembangunan pertanian. Golongan ini akan berjaya meningkatkan produktiviti dan kecekapan hasil pengeluaran serta menambah keupayaan pemasaran. Bagaimana pula keadaannya orang-orang kampong yang bergelar petani masih ditakuk lama yang banyak buang masa lapangnya di kedai kopi, adakah golongan ini boleh diubah sebagai petani maju dan menyahut seruan misi bajet ini?
Adalah diharapkan supaya anak-anak kampong yang bekerja dibandar yang berpengalaman dalam bidang pengurusan atau ada contact dalam sektor pemasaran hasil pertanian mengambil peluang dalam misi bajet ini dengan membantu ibubapa atau saudara mara dikampong mengusahakan projek pertanian secara komersial . Masalah dihadapi oleh petani tradisional sekarang ini ialah kurangnya pengetahuan dalam memulakan projek dan hanya mampu mengusahakan secara kecilan. Begitu juga kaedah penyuluhan dan proaktif agensi pertanian perlu mengutamakan peningkatan taraf petani kecil dan bukanlah memfokuskan semata-mata kepada pengusaha projek celik pertanian sedia ada yang telah berkembang dek kerana mereka tahu selok belok pemasaran dan pengurusan projek. Ini jalan 'short-cut' biasa dilakukan oleh pegawai-pegawai pertanian kat bawah yang takut tak de laporan projek nak hantar ke peringkat atasan.
Tidak dinafikan bajet 2007 mempunyai agenda luas dan selaras dengan Pelan Tindakan RMK 9 yang inginkan rakyat dinegara ini dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi. Sebaliknya ada yang berkata pengisian agenda pembangunan ini menguntungkan golongan usahawan kontraktor pembinaan dan usahawan niaga, bagi kami yang tidak berniaga macam tu la sampai bila-bilapun dan kami bukan kakitangan kerajaan yang enjoy dengan bonus. Hakikat ini perlu kita terima. Jika kita tanya apa faedah bajet kepada mereka? jawabnya takda apa-apa pun. Walaupun pemansuhan yuran peperiksaan diberikan tetapi mengambil kira kenaikkan harga alattulis dan buku-buku tambahan, pakaian sekolah telah naik maka tolak campur sama aja.
Soalnya sekarang, semua langkah pelaksanaan dalam bajet ini perlu mampu menunjukkan RMK9 benar-benar menepati sasarannya dan semua kakitangan awam sebagai jentera pelaksana perlu mengubah budaya kerja sebagai sikap kepegawaian yang perlu dikikis, turun padang selalu dampingi orang kampong, jelaskan peluang-peluang yang ada kepada mereka, bimbing mereka dan janganlah tunggu pak menteri tegur baru nak turun padang. Sebagai pengguna biasa, janganlah berbelanja mewah tapi berhutang, jimatlah sikit, kita fikir hari tua, banyakkan bersedekah insyaallah Allah menambah rezeki kita.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home